Sepi…
Jadi, untuk entri kali ini, teringin sangat menulis dalam Bahasa Melayu. Maaflah pada yg datang dari jauh tetapi tak berkemahiran dalam Bahasa Melayu. Tapi kadang kala kuat juga perasaan dalam hati ini untuk menulis dalam bahasa ibunda sendiri. Terlalu lama tidak menulis secara formal dalam bahasa ibunda, sebenarnya terasa sedikit kekok juga. Tapi tak mengapalah, kekok itu juga satu perasaan yang bagus bukan? Mengingatkan diri kita yang dunia ini tak berputar disekeliling diri sendiri sahaja, bukan?
Dan untuk entri kali ini, sedikit komentar tentang sebuah filem lokal yang lewat ini membuatkan dunia hiburan tempatan lebih rancak, lebih berombak. Mungkin juga bergegar.
Yeah, Sepi. Mudah bukan tajuknya? Ringkas. Bentuk tulisan font Sepi yang seakan-akan tulisan jawi sangat menarik perhatian. Simple. Organik. Ciri-ciri desain bercitarasa aku sendiri. Oh, nampaknya sedikit melalut. I can’t help it though… :p
Nah, ini sinopsis filem ini daripada website (errr… laman situs berbunyi agak kelakar lah) rasmi Sepi di SINI. Klik ke link tersebut dan anda akan dapat banyak info tentang filem ini. Tulisan-tulisan Kabir Bhatia tentang filem tersebut juga menarik untuk dibaca. Maaflah kalau kamu mahu sinopsis tentang filem ini daripada aku. I don’t want to spoil the fun out of it. But then again, ini masih filem Melayu. Dan kalau kamu bijak, sudah tentu banyak perkara yang kamu sudah boleh ketahui sendiri di pertengahan jalan cerita ini. Ya, ini masih sebuah filem Melayu. Tetapi jangan risau, stereotaip nya tidak lah terlalu stereotaip seperti filem stereotaip lain.
Jadi kenapa ya, tiba-tiba menulis tentang filem? Mahu jadi pengkritik filem? Sudah tentu tidak. XD Cuma, ada beberapa perkara tentang filem Sepi yang menarik untuk dibincangkan. Hmm, mungkin telah lama orang lain berbicara tentang ini. Mungkin sejak Kabir Bhatia menghasilkan filem Cinta lagi. Jadi aku terlambat. Hahaha!!! Lebih baik lambat daripada tidak pernah bukan?
Jadi tentang filem ini, apa yang mahu dibincangkan nya? Jalan ceritanya? Tidaklah, jalan ceritanya masih biasa-biasa sahaja. Masih mudah seperti filem melayu lain (walaupun ada yang mencuba untuk menghasilkan jalan cerita yang luar biasa sehingga jalan ceritanya menjadi pelik, tidak kukuh, dan cuma menarik kutukan sahaja). Yang paling menarik tentang filem Sepi adalah sinematogrpahy filem ini. Ya, fotografi dalam filem ini sangat menarik.
Sangat menarik sehingga mampu membuat penonton tertarik ke dalam cerita yang di sampaikan, dan mungkin juga memaafkan kesalahan-kesalahan kecil yang berlaku sepanjang filem ini. Ya, berbaloi rasanya membayar sejumlah wang untuk menonton filem ini di pawagam. Aku tidak keluar dengan dari dewan tayangan tersebut dengan sekelumit pun perasaan kecewa menonton filem Melayu seperti ini.
Malah sedikit berbangga. Dan sedikit berharap. Berharap mungkin lain-lain produser dan pengarah juga boleh memulakan anjakan pemikiran mereka daripada menghasilkan filem-filem lawak kurang membina dan aksi-aksi separuh hati.
Jangan biar Kabir Bhatia SEPI tanpa cabaran.
;-)
Tags: Kabir Bhatia, Malay Movie, Sepi
























